Translate

Saturday, January 30, 2016


MOTS BOUTIQUE 2016


Assalamualaikum semua...

Amacam mana tahun baru ni...rasanya sempat lagi nak buat azam baru atau sambung 'complete' kan azam tahun-tahun lepas yg belum tertunai... yang pasti tahun baru 2016 ni serba mencabar dengan peningkatan taraf hidup...Ayuhhh... sama-sama kita maju pada 2016 ni ya ! 


MOTS Boutique berwajah baru.... Lebih Comel gitewww... opsss comel2 pun yg penting dalam mcm kondo kot..hehehe... yg lalu tepi jalan tu rajin2 la singgah .. :)







buat pengetahuan anda semua terutamanya #motslovers... kami telah berpindah ke alamat baru yang lebih memudahkan anda.. haaa xpayah naik tangga tinggi2 lagi kalau nk shopping kt MOTS BOUTIQUE lagi ok...parking pun senang. parking depan butik boleh terus masuk :)


Alamat baru kami :-

NO 41, LORONG MEWAH 4, 
BANDAR TUN RAZAK,
56000, CHERAS KUALA LUMPUR.

TEL/ WHSAPP : +6013-337 5903 

Landmark kalau nak cari kami, berdekatan C-ONE Cendol Station,  Yakin Corner, Pak Malau Kopitiam . . kami buka saje, kalau tutup kami inform awal di instagram & facebook pages. 









Jomss Singgah ajak kengkawan sekali. Sbb lepas ni mots boutique ade pelbagai barangan boleh didapati sini. dengan macam2 jenama :) 


More update boleh follow :-  #caftanspecialist


 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya




Friday, January 15, 2016

Wednesday, January 13, 2016



TUDUNG VS BENTUK MUKA.. KENA TAK??


Assalamualaikum kakak2 adik2...


Post kali ni hakak ni share utk gegirl2 yg ade probs nak pakai tudung tapi x sesuai dgn bentuk muka... ni satu probs jugak bagi gegirl...lelaki jgn tak tahu,, that's why la ade kawan2 perempuan or girlfriend2 selalu tnya 'tudung elok tak '? 

Selalu tgk kawan2 kita pakai tudung or shawl cun je kan...bila kita sendiri try pakai hancusss...tak confident ...ingat bukan semua wajah org sama..Bersyukurlah tuhan beri wajah cantik. :)

Kalau mkua panjang kena ade cara lilitan tudung yg betul supaya boleh cover wajah yg panjang tu, 

Begitu juga kalau muka lebor ..haaaa boleh jadi runcing apa kalau kena caranya...hakak tips tudung yang sesuai untuk bentuk muka korang...First korang pergi depan cermin tgk betul2 wajah korang bentuk apakah...haha. .. 


Tengok pic bawah ni...zasss...ada bentuk petak, bulat, bentuk panjang/lonjong, oval, dan bentuk hati.tapi paling untung sekali bentuk muka oval.. semua boleh..jangan jeles pula kat pemilik muka oval...mcm admin...cehhh semua nk mengaku muka oval skrg ! hahaha...

check it out ~





More update boleh follow :-  #caftanspecialist


 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya

Saturday, January 9, 2016



TIPS & RAHSIA KEJAYAAN DATO ALIFF SHUKRI ABANG TERLAJAK LARIS 





- Daripada Seminar Jelajah Usahawan Malaysia Pakar ( JUMP ) 9 JANUARI 2016


Assalamualaikum...pe khabar semua...hope sihat2 blako...harini saya teruja sangat ..perasaan gembira dan semangat sebab berpeluang hadir ke Seminar hebat macam ni...siapa x teruja kan...terutamanya mereka2 yang mula2 berjinak dalam dunia perniagaan...bertambah ilmu... maklumlah speaker2 yg hebat belaka seperti Dato Sri Mahadi BZ, Fizo Omar, Dato Alif Shukri & Dr Lawrence Walter Ng.



nampak x saya?? kami duduk belakang...hmnn x boleh nak mencapap ( ayat feveret dato aliff ) hihi


.
Pendapat saya Speaker yg paling syiok..Dato Aliff.  Aura dia menikam jiwa gitu...cewahhh...dengan gaya yg slamber, kelakar & becok bikin 1 dewan kecoh...alaaa mcm korang tgk iklan2 dia kt tv tu....haaa mcm tu laaa perangai dato aliff..lagipun minat dia sangat sebab yelah jarak umur xbanyak beza...membuatkan kita semua WOW.... #SALUTE habis dgn dato aliff... tapi tgk jugak journey dia mcm mana kan.... jutawan muda ..memang Inspirasi habis ~ 
.

Bila dengar story dia tadi mmg WOW .. First time dengar dia beri talk....best ! mantoppp..nampak betul dia jujur nak sharing & nak bantu ramai org...mmg jadi ikon anak muda .. ok lets me share apa setoryyy/ tips kejayaan /Ilmu biznes pengalaman suka duka dia...hmnnn... saya simpulkan dalam point2 supaya senang faham ok ~ Usahawan semuaaaa lets Read  babeh ~



- 5 tahun Lepas berniaga pasar tani Shah Alam Seksyen 13 tu....siapa penah nampak dia? dia jual kosmetik brand Fellina , Citra Ayu, Dr Rozmey, Yusmira dan banyak lagi.


- modal permulaan adalah RM 450

- Seorang pengidap Dyslexia ( dianggap lembap oleh guru dan rakan-rakan kerana sukar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ) , tiada Emel, tak boleh mengira, tak boleh ingat nama bulan Jan- Dec )

- SPM ambil 9 subjek cuma lulus 4 subjek saje.

- disebabkan usaha + minat + rajin sekarang untung kasar sebulan hampir RM 15 juta .

- selalu dihina dan pernah kene ludah mukanya ( ada satu story sy x catat )

-bangun seawal 4 pagi nak buka meja nak meniaga kosmetik kat pasar tani

- pernah beli barang Thai ( dia mengaku..hehe ) then koyak label, tampal dengan label sendiri. Sebab x cukup bajet nak buat produk time tu

- Dulu selalu berangan nak jadi berjaya mcm owner BML , ( siapa ingat nama dato tu..org filipina rasanya ??Brand pernah HOTTT kt malaysia satu ketika dulu )  

- meniaga kt pasar mula ambil no telefon pelanggan. hantar barang rumah ke rumah

- Pasarkan kosmetik nak konker 1 Selangor . dengan membayar upah RM 50 kpd ejen2. Bangun 3pagi semata2 nak hantar stok pada ejen2. 

- beranggapan lagi biznes ' cakap banyak ' ---> lagi untung banyak

- paling penting adalah TEAM bukan barang/produk dan kenalpasti bakat2 setiap team

- walaupun dah kaya raya selalu anggap diri bukan jutawan--> anggap esok bisnez akan bunkrup , jadi mesti kerja sungguh2 hari ini.

- pernah hampir bunkrup barang lagi 2 bulan nk expired, marketing produk Dherbs First time buat iklan di TV ( wanita hari ini ) 6 minit kene bayar RM 10,000. temubual 6 minit RM 40,000 - Paksa kak Azizah Ariffin jangan cakap banyak...hahaha..ni lucu

- lepas dari tu 2 minggu Order non stop..

- letakkan target jualan kepada stokis.supaya mereka boleh hit terget. now harga nk jadi stokis telah dinaikkan. 

- dah ada duit benda busuk jadi wangi- normal . jangan create mcm2 alasan. Lakukan pengorbanan .

- Tips memilih Bisnez partner: buat agreement details, mesti sehati sejiwa, ade modal tertentu, & percaya pada skills masing2

- fokus buat satu benda dulu. Tanya diri sendiri apa anda minat/ suka. 

- Respect dengan bisnes anda. Maksud nya, jangan ambil duit yg kita laburkan. Peruntukan sebaiknya untuk kos iklan, stokis, risiko dan lain2. Respect bisnes sendiri juga adalah Jangan 'condem' produk sendiri. mesti Feel . imej main peranan dan ia akan jadi ikon kepada bisness kita. kita 'carry' bersama2. contoh : kalau jual tudung mesti selalu pakai produk kita. 

- jangan bergantung harap kpd org lain. Kita sendiri yg boleh solve kan probs sendiri sebenarnya kerana masalah setiap org berbeza , industri berbeza

- selalu muhasabah diri kenapa org x beli produk yg kita jual..adakah packaging xcantik? x buat promosi ? 

- mesti ada niat yg baik dan percaya pada rezeki.

- zakat paling banyak sebab nak elak tax tinggi dikenakan.

- nak pasarkan produk mesti kenalpasti target market berbeza, jangan kedekut bayar ejen.

- income dah capai RM 100 / month mesti ambil sorang pekerja.

- amalan spiritual ---> surah Al-waqiah

- Rakan kongsi? gimik je tu kata yg elok2 belaka sebenarnya xsemudah yg disangka. tak tido malam dibuatnya. Buat agreement apa tugas rakan kongsi buat, kita buat . 

- long term, banyak brand kosmetik dah lenyap dipasaran. sampai satu tahap dah sampai silling. ( atas) , untuk naikkan jualan kene sentiasa improve service, packaging. kalau berada ditakuk sama tak boleh berjaya, mesti kene ada gimik dan planning never stop

- passion/minat kene spy menggerakkan kita bekerja bersungguh2. 

- buat keunikan dalam bisnez..sstu yg org x buat lagi. Jadikan pages / ig menarik contoh tunjuk video buat sabun (produk). kumpul testimonial utk org lebih percaya.

- lumrah pekerja berhenti masuk. Jadikan diri kita kuli dulu. mesti pekerja akan maintain dgn kita.

haaa itu antara story/ tips / ilmu yg dikongsikan di sepanjang seminar harini. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua. :) ingat, kita nk berjaya jgn tgk org tu pada kejayaan dia harini...tengok masa lalu dan pengalaman beliau untuk jadi sehebat harini. tiada beza kita dengan dato Aliff . bezanya , dia dah mula lama..kita baru nak start. SO? jangan tunggu lagi..mulalah melangkah dari sekarang. Semoga tahun 2016 ni tercapai apa sahaja azam kita . Selalu berdoa kepada tuhan ttg hajat kita yg belum terlaksana. yg tuhan dah makbulkan jangan lupa ucap #alhamdulillah .



bila kaki selfie semua nak mencapup... MENcari PUBlisiti :)



tgk depan amik pic depan lambo ni ...amik la satu....ekceli nak kasitau Dress Kaftan yg comey dari MOT's Boutique ... mybe lagi comey dari Lambo yg hangpa tgk tu...hahahaha.... *xbleh gurau pegi surau ... now boleh order laju2 k .. gudbye everybody ..mata dah ngantuk...blog kata pergi katil kata mari... ~ withlove #aimialiaazizan

More update boleh follow :-  #caftanspecialist


 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya


Wednesday, January 6, 2016

KENAPA WANITA ITU HARUS BERHIJAB  ???




Al-Kisah ada sebuah percakapan antara Syeikh dgn Lelaki Inggeris

* Seorang lelaki inggeris berkunjung ke Arab Saudi. Dia terasa sangat nak tahu dengan wanita2 Islam, kemudian dia memberanikan diri bertanya kepada seorang Syeikh:

*Lelaki Inggris: "Kenapa wanita Islam tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki?"

*Syeikh: "Bisakah kamu berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth ?"

*Lelaki Inggris: "Oh tentu tidak bisa, hanya orang-orang tertentu saja yg bisa berjabat tangan dengan Ratu."

*Syeikh tersenyum sambil menjawab: "Tahukah kamu, wanita2 kami kaum muslimin adalah para Ratu, dan Ratu tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki manapun yg bukan mahrom baginya"

*Lelaki Inggris bertanya kembali: "jadi kenapa juga wanita Islam itu harus berhijab ?"

*Syeikh tersenyum kembali sambil mengeluarkan dua biji gula-gula: "Saya punya dua buah biji gula-gula, yg satu bungkusnya sudah saya buka & yg satunya lagi masih terbungkus rapat. Seandainya.., dua biji gula-gula ini jatuh ke tanah, gula-gula manakah yg akan kamu ambil ?

*Lelaki Inggris menjawab: "Tentu saja yg masih ada bungkusnya."


*Syeikh kembali tersenyum kemudian berkata lagi: "Wanita2 kami kaum muslimin itu adalah ibarat INTAN PERMATA yg sangat indah yg tersimpan baik di dasar laut yg sangat dalam dan harganya pun sangat mahal. Jika ingin mencarinya pun harus dengan susah payah & sungguh-sungguh. Dan wanita2 kami kaum muslimin juga ibarat EMAS BERLIAN yg sangat indah yg tersimpan sangat baik didasar tanah yg paling dalam dan harganya pun sangatlah mahal. jika ingin memilikinya pun harus bersusah payah bahkan nyawa bisa menjadi taruhannya.
Masya Allah......

Begitu mulianya wanita dalam pandangan Islam.

Subhanallah...

"Dunia adalah perhiasan, & Perhiasan terbaik dan terindah di Dunia adalah wanita Sholehah" 
(Al-Hadits)

"Wallahu A'lam Bish Showab"