Translate

Tuesday, November 24, 2015



9 Tips Cantik Untuk Wanita XXL : KAFTAN VS SAIZ XXL


Untuk Tips Fesyen kali ni terasa nak share Tips Cantik untuk hakak2 comel yang bersaiz XXL ni....Sapa kata mereka tak boleh bergaya...malah mereka perlu bijak memilih gaya yang sesuai sebelum melangkah masuk ke butik pilihan. ok CHECK IT OUT ~


1 . Buat Kajian

Perkara utama sebelum anda membeli pakaian mestilah anda perlu Search Internet mengenai baju bersaiz besar kerana tidak semua butik menyediakan saiz pakaian hingga ke XXL dan keatas. Kini terdapat butik pakaian yg menyediakan pakaian untuk wanita yang bertubuh gempal. Jangan malu untuk bertanya jika perlu.


2. Terjah Butik

Bagi mereka yang bersaiz XXL , anda tidak digalakkan untuk membeli secara ONLINE walaupun nak perkhidmatan segera atau penghantaran depan rumah. Apabila anda dah mencari butik yang mana sesuai, maka anda boleh terus menjejakan kaki ke butik tersebut. Ajak je seorang dua rakan anda untuk menemani sesi pemilihan baju. Anda boleh mencuba dulu baju yang hendak dibeli sehingga anda betul-betul berpuas hati.


3. Pilih Saiz yang Tepat

Paling penting dalam pemilihan baju ialah menentukan saiz yang tepat. Jika anda memakai size XXL elakkan bertukar kepada saiz yang lebih besar ataupun terlalu kecil . Ini kerana jika terlalu kecil ia akan meyebabkan segala kekurangan pada badan anda terpampang kepada tontonan umum. Malah anda sendiri akan berasa kurang selesa untuk bergerak. Sudah pasti keyakinan diri anda akan jatuh merundum :)


4. Corak Menegak

Ini merupakan elemen penting yg perlu ada dalam setiap pakaian yang akan anda gayakan. Anda perlu memilih baju yang bercorak menegak. Elakkan baju yang memiliki corak Floral besar ataupun melintang kerana ia akan menampakkan lagi badan anda yang sememangnya berisi. Motif menegak yang ada pada baju memberi ilusi kecil atau langsing pada anda. Oleh itu, ia sangat membantu menyorok saiz sebenar diri anda.






5. Warna Terang

Jarang sekali wanita chubby diluar sana memikirkan perkara ni. Mereka lebih suka menggunakan baju warna pastel kerana minat yang mendalam pada penampilan yang nampak lebih lembut. Sebolehnya elakkan memilih warna lembut/pastel kerana wanita bertubuh gempal lebih sesuai mengenakan pakaian berwarna terang bagi memastikan orang lain melihat kecantikan pada baju anda. Ini sudah pasti menyelamatkan situasi anda pada saat itu. Hitam juga membantu untuk lebih nampak slim malah warna warna terang juga memiliki keistimewaan tersendiri.

6. Seluar Lurus

Jika anda lebih selesa mengenakan seluar untuk kemana-mana sahaja, seeloknya anda perlu memilih seluar potongan lurus bukannya skinny. Bukan sahaja tampak lebih muslimah malah terserlah wanita melayu sekarang. Kenakan juga blaus labuh bawah punggung bersama selendang yang sesuai pasti menaikkan seri anda dil uar sana. Pemakaian seluar yang terlalu ketat akan memberikan kesan yang negatif pada pandangan orang sekeliling dan tidak menepati syariah.


7. Kasut Tumit

Apabila anda menghadiri majlis rasmi syarikat ataupun majlis perkahwinan rakan sudah tentu anda mahu kelihatan menawan disamping teman rapat lain. Pilih saja jubah bersama kasut tumit tinggi yang sesuai . Pemakaian kasut tumit tinggi akan memberikan ilusi kaki anda yang panjang dan dapat 'menyorok' segala lemak yang ada. Anda juga akan lebih yakin setiap langkah di majlis tersebut.


8. Aksesori Besar

Aksesori memainkan peranan penting bagi menaikkan lagi seri si pemakai. Tidak perlu berlebihan cukup sekadar satu atau dua jenis aksesori di tangan. Untuk lebih cantik, anda perlu memilih Aksesori besar untuk diletakkan di lengan. Gelang dan jam tangan besar amat digalakkan sekali. Ia akan memberikan penampilan yang sungguh ideal. Jangan sesekali mengenakan aksesori saiz kecil kerana ia tidak padan dengan saiz badan anda.


9. Potongan Baju

Bagi menyorokkan bentuk badan anda yang chubby, anda harus memilih potongan besar di lengan atau flowing cuffs. Potongan baju sebegini akan dapat menyorokan saiz lengan anda serta memberikan lebih keyakinan kepada si pemakai. Paling mudah anda beli saja baju Kaftan yang selesa bukan sahaja kelihatan lebih sopan malah menyerlahkan personaliti feminin anda wahai wanita muslimah.


'' FESYEN BUKAN SAHAJA MELIBATKAN MINAT TETAPI JUGA KEBIJAKSANAAN UNTUK MENGATUR SETIAP SUAI PADAN BADAN "


Sumber : Majalah Nur

 Follow Instagram & Facebook @motsboutique ya~
 untuk koleksi kaftan terbaru 2016 serta tips2 kecantikan dan khidmat suai padan pakaian boleh Whatsapp +60133375903- :)


Friday, November 20, 2015



 TUTUP aurat VS  BUNGKUS aurat




Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar...


Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSAN besar, byk. BUNGKUSAN kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP.... :-)



#FromUstazZamri

Tuesday, November 17, 2015


Trend Caftan ~


Dunia fesyen terus bergerak maju dan berkembang seiring dengan kemodenan arus fesyen dan trend, ramai kaum muslimah berani berfesyen kini. Mereka mendapat inspirasi serta mengikut style Timur Tengah atau Middle East. Malah trend baju kaftan sering dilihat digayakan oleh kaum muslimah kini. Nampak begitu selesa, elegan, sopan & Simple



Kaftan sangat sesuai menjadi pilihan dan dipakai oleh wanita berhijab. Kenapa? kerana reka bentuknya yang simple, lebar dan tidak mengikut bentuk badan ( loose ) sesuai sekali dipakai oleh wanita muslimah yang ingin tampil elegan. Biarpun sederhana , namun dengan penambahan details seperti sulam atau manik, kaftan tetap menarik dan tidak terlalu sarat . Contohnya dengan penggunaan motif yang bervariasi seperti polkadot, vintage, floral , stripe dan renda yang membuatkan kaftan tetap menjadi busana feveret para wanita muslimah.






Kaftan dan jubah tidak banyak beza. kedua duanya sama labuh dan longgar ( tapi apa yang dilihat kini, banyak jubah dah mengikut bentuk badan ). Lengan kaftan sangat lebar dan longgar ( lengan bersambung dengan badan ). Kaftan seeloknya dipakai dengan inner panjang. Secara tak langsung kita boleh mendidik wanita agar selalu memakai pakaian dalaman ( inner ) dan berwaspada dalam pemilihan gaya supaya pakaian yang dipakai tak jarang.



Kaftan amat terkenal dari negara-negara luar seperti Kaftan Morocco, Kaftan Turki, Afrika Barat dan Kaftan Rusia. Masing-masing ada keunikan tersendiri dan sangat tradisional. Di Indonesia juga, kaftan direka menggunakan material batik dan sulaman. Sementara, di Malaysia Kaftan sering dipakai untuk ke majlis tertentu seperti kenduri kahwin dan juga pada Hari Raya Aidilfitri. 


 Follow Instagram & Facebook @motsboutique ya~
 untuk koleksi kaftan terbaru 2016 serta tips2 kecantikan dan khidmat suai padan pakaian boleh Whatsapp +60133375903- :)



Sunday, November 15, 2015


 THROWBACK MOT'S BOUTIQUE~


setorrryy by : Aimi Alia Azizan :)

Assalamualaikum..... terasa nak share story ttg MOTS BOUTIQUE malam2 gini.... Nak #throwback...Zasss sekejap masa berlalu...dah 4 tahun mots sebenarnya...now cheq cuba utk kembali ke zaman mula2 nak start bisnes2... dulu mase nak start bisness dok pikiaq byk kali betul ke nak meniaga ni...tanya kwn yg dh niaga...mcm mana nk start, jual apa yg okey, nk jual melalui apa..ade org nk beli ke...mcm2 aih persoalan lagi bermain di minda...Dia kata ko buat je jangan banyak pikir...Fikir byk pun xde result kalau tak ada action...

Confident x confident je...meniaga ni kene keluar modal.. kene pandai promote..( malu lah nak promote2 ni) ..kene buat org percaya...kalau x siapa nak beli...ermmm masa tu sekitar tahun 2011 .. saya ingat lagi date bermula..5 May 2011.

Masa tu bergelar seorang pekerja, so commit gaji bulan ni...guna RM 300 utk modal permulaan...Rasa nak jual baju...sbb suka berfesyen tapi x nak spent duit mahal2 beli baju sehelai. kalau beli dari harga borong kan murah...Jadi beli borong baju2 kt Kenanga ( masa tu KWC yg besar gile tu tengah bina2 lagi ), saya akan ambil sehelai untuk sendiri pakai. selebihnya jual dekat kengkawan2 terdekat. Start bisness borong & jual baju2 borong ni hampir 3 tahun.. Gambar buat sendiri. Sayalah promoter, sayalah photographer, sy lah model, sy lah beli stok, sayalah pergi post office & pokok pangkalnya sy bos saya kuli...haaa giteww..tapi kepuasan beb....byk benda baru kita belajar..otak ni sentiasa ligat pikir how to be creative ...

Masa tu juz jual kat FB...bila tgk ramai gile org buat stail ni...sy pun try ~ gune stail TAG2 orang...then, dengan tu gambar baju kita tu tersebar. (opsss strategy ni salah okey ! boleh kene block FB kita tu) . Jual pada kwn2 1 kerja jugak..Lepas dah resign kerja, continue study ...Jual pula di universiti dan di hostel...Apa lagi angkut je stok baru..kene serbu bilik...sampai lah sekarang berbisnes baju2 ni... Mula jadi hobi dan rase serba salah bila kawan2 tnya nak baju, nak tudung then, tak dapat nak penuhi permintaan mereka... :)



ni logo lama Mots Boutique..... TQ ijat sbb sudi reka kan logo ..hihihi...

.
wahhh bila tgk2 pic lama2 ni terkenang kembali suka duka berbisnes...gigih kononnye...sambil2 kerja & study...tambah jugak duit poket kan....drpd modal RM 300 sampai lah rolling stok 3 beg :) alhamdulillah..

Ade jugak dtg rumah sbb nak membeli ... Bestnya time tu... 










Sewaktu menyertai Pertandingan Pelan Pemasaran.. Dan berjaya memenangi Naib Johan .Mula2 tak yakin juga sebab satu satunya peserta solo yang buat presentation...Dah tu jadi peserta pertama...Pulak dah..Kecut perut wehhh... last skali, Think positive. Mencuba nasib..dan alhamdulillah menang hamper, sijil & wang tunai pun sorang yg bolot. xgaduh nak share2 ...hehehe



Sekarang lepas habis study baru lah dapat focus on next project.... kata org kalau nk berjaya dlm design...mesti cuba jahit dulu...Alhamdulillah guna juga mesin jahit yg lama tersimpan ni...:) Kita baru nak naik mesti kene focus on 1 product dulu. So, kepakaran saya menjahit, mereka fesyen caftan. Produk pertama saya adalah Mini Kaftan :) 


jeng jenggggg jadi x mini kaftan ?? simple kannnn.... xkisah lah janji dah pakai jadi CuN....



First time label...sementara belum ada logo ...Ok la ..Janji ade...daripada tak ade ... #giteww


Batch Pertama Mots Boutique ~



Bila dah banyak permintaan.... Batch kedua menyusul :) Photoshoot di Pullman Putrajaya..Model celup... Model seorang tu dapat sehari sebelum tau... alhamdulillah. nak cepat ni...pikir nak jual dah mini kaftan :)








Aimies Mini Kaftan.... Batch ketiga menyusul....kali ni lebihkan Stock atas permintaan yg banyak :)
alhamdulillah...




Berhari Raya bersama Mini Kaftan dari Mots Boutique...heeee =) org lain sebulan cari baju raya..iolls cuma decide 2 hari sebelum raya nak pakai lagu mana... :)



Logo Baru Mots Boutique.... Dicipta khas oleh Mr Mudi . Simple dan senang meresap dalam kepala hotak...kui3... Janji ade maksud & sesuai dgn imej butik ... Warna Ungu melambangkan Harmoni . 





Hakak kawasan test market dgn Aimies Mini Kaftan leopard ni


Yang Simple itu adalah Kecantikan Sebenar :)
Thanks you ramai sahabat2 baru dan lama yg support ... this is sahabat since 9 years old... zaman hingusan lagi tau..




Sampai disini saje coretan saya #throwback since terjebak dalam dunia bisness...Bisness ni seronok kalau betul2 Feel.... Permulaannya takut , byk fikir ( belum bertindak lagi pun ) , now dah tak boleh stop.hihi ..never stop it ~ 

.

Bersaing secara sihat....apa pun yg terjadi,  You can never quit . Winners never quit, and quitters never win :) #kipidap




 More update boleh follow :-  #caftanspecialist

Instagram @motsboutique.
FB : MOT's BOUTIQUE
 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya




Tuesday, November 10, 2015



MULA KECIL,  FIKIR BESAR PUNYEEEE !!!!


Assalam uolls ...
.
harini hakak nk share tips bisnez terutamanya NEWBIE.... kenapa newbie?? sbb newbie yg baru nk start business ni kene bebanyak motivate diri sendiri ... sentiasa positif... ingat yg bisnes besar2 tu terus besar ke?? Bukan senang nak senang.... kalau x mula sekarang bila lagi ye dakk??
.

See..  siapa yg xkenal NAZA WORLD ... tengok je DULU & KINI......wow inspired~


.

Mulakan bisnes dengan apa yang ada ditangan.... (Elakkan pinjam loan) 

+ Gunakan apa yang ada dengan sebaik sebaiknya.
+ Jangan berbelanja kepada perkara yang tidak mendatangkan duit.
+ Tiada keperluan jangan berbelanja.
+ Cut cost down everyday
+ Jangan nak cuba cuba impress kawan atau keluarga.
+ Bisnes adalah menyelesaikan masalah orang bukan untuk bergaya atau impress orang lain.
+ Start small and grow big.
+ Make mistake fast, learn and move on.
+ Jangan tunggu semua perfect baru nak jalan. Benda tidak akan pernah perfect.