Translate

Wednesday, July 27, 2016





Pemilihan Warna Pakaian mengikut Warna Kulit




Assalamualaikum lama jugak tak update blog ni.... hmnn ...hope tak bersawang lagi lahh.

Hari nie Cik Aimi nak kongsi sikit sebanyak TIPS tentang pemilihan warna pakaian yang kita pakai berdasarkan warna kulit.

Kadang-kadang tak ikut langsung sebab kitorang perempuan nie pakai pakaian mengikut kesesuaian tubuh badan, mengikut trend sekarang & whatever la, 
bukan mengikut warna kulit.


Tapi bagi orang yang berkulit agak gelap atau yang menitik beratkan soal kecantikkan mesti mengambil berat soal nie..Sesetengah orang tak pasti apa warna kulit diorang sebab tak nak mengaku bahawa diorang berkulit gelap atau tak nak mengaku berkulit cerah.



Kulit Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pilihan warna baju yg sesuai sangat senang dan banyak. Jika korang berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan korang dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam & biru terang. 

 kulit Sawo Matang 

Si pemilik kulit sawo matang disarankan untuk memilih pakaian dengan warna-warna terang seperti jingga, kuning, hijau, pink, silver dan gold. Jika anda ingin memakai juga warna gelap, anda harus mix dengan warna cerah supaya nampak lebih kontra. Warna yang perlu anda hindari adalah seperti olive, merah bata, hijau lumut, coco, dan merah kerana ini akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih kusam.

kulit kuning langsat

pemilihan warna ceria seperti jingga dan kuning sangat sesuai untuk pemilik kulit kuning langsat. Namun pelu dihindari warna klasik seperti karamel, coklat dan warna keemasan.

kulit gelap
Banyak wanita berkulit gelap merasa rendah diri dalam pemilihan warna pakaian. Namun jika kena dengan padanan warna ianya tetap kelihatan bergaya. Bagi wanita yang memiliki kulit gelap, pemilihan warna primer separti hitam,putih, dan merah membuatkan kulit anda lebih menonjol. Warna krim dan coklat juga membuatkan kulit anda kelihatan  lebih cerah. Perlu dihindari warna seperti ungu, pink, coklat gelap dan terqoise...kerana ia boleh menimbulkan kesan kusam pada wajah anda .

ok itu saja TIPS kalini...boleh lah bergaya dengan yakin lepas ni...semoga bermanfaat ya ~ <3



 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - Cik Aimi