Translate

Tuesday, December 29, 2015




NEW YEAR, NEW DESIGN, NEW SPIRIT ....  
#2016COMING!



Assalamualaikum....adik kakak, makcik, nenek....opsss ade ke nenek berblog?? kalau ade memang nenek alaf  baru...sebenarnya taksabar jugak lah nak menanti kedatangan 2016...hope 2016 membawa seribu satu moment terindah...cewahhh...tak dilupakan kenangan2 sepanjang 2015 yang best dan xbest...apa2 pun dah jadi kenangan ..baik buruk kite blaja dari masa silam...( ayat alaf baru jugak ni...pasal dulu x pandai nak tulis2 gini...ermm :p )

hakak x nak cerita banyak ..pasal kalau tulis bebanyak jadi tukang karut pula...sempena tahun baru ni... akak nak belanje sikit pic2 kaftan2 design hakak...yg sangat2 simple (mudah dipakai) , selesa, fresh, elegan & mampu membuatkan si pemakai tampil yakin....aummmm..Byk corak leopard ..sbb kita nak didik keyakinan org dalam bergaya..Biasanya sesetengah wanita xberani pakai corak leopard kerana terlalu menonjol bagi mereka... apa2 pun corak leopard masih menjadi kegilaan ramai wanita samada corak tudung, baju, seluar & lain2...

Tahun 2016 ni MOTS BOUTIQUE menampilkan 5 Design yang Segar kepada peminat kaftan terutamanya.... Sekarang ni pun ramai wanita memilih untuk memakai loose/ longar2 kerana ianya selesa dipakai mahupun dipandang...Kalini Mots Boutique punya style/ rekaan more to muslimah wanita moden yang mampu memberikan mereka keyakinan, keberanian, keanggunan,, sofstikated & simplicity . Caftan Specialist~

Antara Design- design Mots Boutique untuk tahun baru 2016 :-

1) AimiAlia Jubah Kaftan
2) Lestari Dress Kaftan
3) Seroja Blouse Kaftan

4) Anatasia Mini Kaftan
5) Rayhanah Mini Kaftan


AimiAlia Jubah Kaftan

Rekaan Polos dan Simple ...Mudah dipakai ..hanya memerlukan maxi inner, kemudian sarung. Terdapat 3 warna menawan hati kepada si peminat loose Jubah Kaftan. Menggunakan material Satin Valentino gred A yang mampu memberikan hasil mewah dan anggun kepada si pemakai. Boleh dipakai ke majlis keramaian , makan malam  kenduri kahwin dan sebagainya.






2) Lestari Dress Kaftan

Lestari Dress Kaftan adalah gabungan jubah dan kaftan potongan tangan kembang. Lestari memberikan impak keayuan kepada si pemakai. Ringan, longgar dan lembut menambahkan lagi keselesaan apabila memakai . Sesuai dibawa kemana sahaja kerana material bermutu tinggi daripada Chiffon lembut tidak mudah renyuk. 



3) Seroja Blouse Kaftan

Seroja diilhamkan daripada fesyen #legend . Seperti orang lama-lama kini kembali lagi , cuma di inovasikan melalui material High Chiffon polos tebal. Membuatkan gadis tampil cantik apabila pakai. Bahagian bawah baju dijahit ruffles dan beralun menambahkan lagi keyakinan para gadis yang berani bergaya Moden . Terdapat 7 warna yang menarik dan meletops ~




4) Anatasia Mini Kaftan

Mini Kaftan ini terdapat dalam 9 corak yang menawan dan terkini. Mampu menarik perhatian sesiapa yang memandang. Masih kelihatan sopan kerana mini kaftan ini berpotongan longgar dan labuh . Boleh digayakan dengan Seluar mahupun skirt berpotongan mermaid. Sangat santai dan selesa kerana diperbuat daripada material chiffon dan cotton lembut. Corak matching bersama Warna hitam di tepi.




5) Rayhanah Mini Kaftan

Rekaan terakhir daripada MOTS BOUTIQUE ini adalah Rayhanah Mini Kaftan . Berpotongan 3 segi, sangat simple, selesa, santai dan sopan bila digayakan dengan seluar mahupun long skirt . Dengan corak yang segar mampu membuatkan si pemakai tambil berani dan lain dari yang lain. Unik dan moden giteww~ Diperbuat daripada material Soft Chiffon Printed untuk hasil yang memukau dan ringkas bila digayakan.




Ermmm cukuplah tu PROMO sikit design 2016 bakal launch 2 January 2016 . Harga untuk design2 yang unik ini?? Bermula dari RM 69 

More update boleh follow :-  #caftanspecialist

Instagram : @motsboutique
 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya

Kami sedia menerima ORDER pakaian Bridesmaid , cumanya tempahan mesti dibuat sebulan awal dari date yang diperlukan. Kami juga mengalu2kan mereka yang mahu mendapatkan khidmat runding kecantikan dan suai padan pakaian. whatsapp saja ok ! ~ 

#motslovers 



Tuesday, December 8, 2015

TIPS MENARIK AURA POSITIF


Aura? apa tu aura? aura adalah daya tarik yang ada dalam diri setiap manusia samada ianya aura positif mahupun negatif. kedua-duanya saling berkait. Ia berubah mengikut masa dan keadaan kerana aura ialah medan elektromagnetik yng dipengaruhi oleh faktor luaran sekitar anda. Pernah dengar orang mengatakan 'berkawanlah dengan sahabat yang memiliki minda positif' pasti anda akan menjadi sepertinya'. Apabila aura positif memancar pada tubuh badan anda, maka anda perlu usaha mengawalnya. Bagaimana caranya?

1. Hidup Sihat

Faktor paling utama kerana tubuh badan yang sihat mempengaruhi sikap utama anda.  Jika badan tidak sihat, maka kita akan mudah menjadi lemah dan cepat putus asa. Jadi, amalkan gaya hidup sihat setiap masa. Jaga corak pemakanan dan pastikan ianya dari sumber yang halal. Bersenam juga mampu memberikan tubuh badan lebih segar dan cergas.

2. Beri Senyuman

kenapa terlalu sukar mengukir senyuman kepada orang lain? SENYUM ITU SEDEKAH.  Tahukah anda, senyuman yg ikhlas dapat merawat hati manusia yang sedang berduka. Tak percaya??? cuba buat sekarang.

Senyuman membawa berjuta manfaat terutamanya mempengaruhi  aura positif dalam diri dan juga insan sekeliling. Apabila anda senyum, secara automatik rakan turut meniru perbuatan anda.



3. Bersangka Baik

Islam menyarankan umatnya bersangka baik dalam apa jua keadaan. Buang sikap bersangka buruk pada insan sekeliling. Pasti selepas ini anda akan sentiasa tersenyum dan hati bersih dari segala noda. Kesannya, anda akan jadi insan yang berjaya dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.  Abaikan mereka yang Negatif kerana masih ada manusia bertuah yang memiliki minda positif di sebelah anda.

4. Penampilan Menarik

Tips terbaik agar tidak kelam kabut untuk bersiap ke tempat kerja ialah dengan menyediakan pakaian dan kelengkapan kerja di malam hari. Bangun pagi tunaikan solat subuh terlebih dahulu kemudian mandi dan disusuli berpakaian kemas. Pandang wajah anda di cermin dan baca doa penyeri...

Pakaian yang bersih dan memakai sedikit haruman mampu menimbulkan energi positif yang bermanfaat untuk menjadikan anda sebagai hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. 



5. Hindari Tekanan

Apabila tertekan pastinya wajah automatik masam, berdendam berprasangka buruk kepada rakan-rakan sendiri serta tidak mengukir senyuman. Semua energi negatif ini sudah melekat pada diri anda sehingga insan lain tidak nampak keceriaan pada wajah anda.

Berubahlah jika mahu berjaya seperti insan lain. Insan positif tidak sesekali menyesal dengan ujian yang menimpa dirinya.ingat, UJIAN TANDA ALLAH SAYANG..

6. Menjadi Diri Sendiri

Terapkan sikap menjadi diri sendiri dalam hati, kerana orang lain tidak akan menyukai sekiranya anda meniru personaliti orang lain. Tidak kisah apa jual kelebihan dan kekurangan anda, semua itu menjadikan anda insan yang lebih dipercayai. Jika benar rakan mahu berkawan, maka dia akan menerima anda seadanya. Ingat carilah sahabat yang baik kerana dia akan mempengaruhi perjalanan hidup anda. 

sumber : Majalah Nur



 Follow Instagram & Facebook @motsboutique ya~
 untuk koleksi kaftan terbaru 2016 serta tips2 kecantikan dan khidmat suai padan pakaian boleh wassep saja


More update boleh follow :-  #caftanspecialist

Instagram @motsboutique.
FB : MOT's BOUTIQUE
 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya












Sesi Terjah Lubuk Kain...



Assalamualaikum uolls...sorry2 lama hakak xupdate belog ni...mencari masa jugak nk story morry kat hangpa semua... sebelum tu, thanks bebanyak support MOTS BOUTIQUE sampai ke hari ni... Sangat bersyukur dengan apa yg kita usahakan....Love what u do ...ecehh...kita bukanlah butik besar lagi...cuma no hal kalau setakat nk share tips, story & sekutu dgn nya....ehemmm... 

Sebenarnya, semenjak kebusy-an kami, kami buat pembikinan kaftan design baru 2016 nanti haaa...cehhh gempak mcm ayat pembikinan filem jeee~ haaa hope korang bersabar okay... bebarapa #customers MOTS BOUTIQUE dah pun pm pm iolls bila kaftan baru nk launch...ade yg nk tempah utk nak jadi bridesmaid dan xlupa juga nak melaram pi kenduri kendara yang byk gilerr tahun depan.. ermmm...apa2 pun iolls akan usahakan secepat mungkin ya ...bukan apa, kami sentiasa mahukan yg terbaik untuk pelanggan2 kami, jadi kami perlu pastikan ianya benar2 berkualiti dengan corak2 Fresh, Warna yg mengancam, Design yang up to date dan material yang dijamin selesa..kain yang mdah dibawa kemana mana diutamakan dalam pencarian fabrik kali ni.. btw,  STAY TUNED everybody #motslovers...~ muahaha

Iolls belanja la gambor sikit untuk para peminat gaya simplicity mutu keunggulan ni....proses pencarian & pemilihan Fabrik untuk dibuat kaftan yang bakal launching tak lama lagi.... yehaaa~









Okey siyes kt lubuk kain ni...mmg rambang mata...disebabkan design butik kami sangat-sangat limited edition, jadi kami terpaksa membuat permilihan fabrik yang betul2 BEST untuk khas untuk pelanggan2 MOTS BOUTIQUE... :) 

More update boleh follow :-  #caftanspecialist

Instagram @motsboutique.
FB : MOT's BOUTIQUE
 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya

#love ~ Aimi Alia Azizan ( Founder Mots Boutique ) :)