Translate

Monday, October 31, 2016

11 TIPS RINGKAS DIET MUDAH... ANDA MESTI CUBA~






1) Ganti gula dengan buah
-ganti dengan buah-buahan di saat anda berkeinginan makan makanan manis-manis.

2) Cari teman untuk bersenam bersama
-seorang teman yang boleh menemani kamu ketika bersenam, membuatkan kamu lebih bermotivasi.

3) Buat stok makanan sihat
-penuhi peti sejuk anda dengan makanan sihat seperti yogurt, buah, salad dan jajan sihat seperti kacang badam.

4) Mandi air dingin
-berendam dengan air sejuk mengurangkan rasa sakit pada otot selepas selesai bersenam.

5) Timbang berat badan
-timbang berat badan anda seminggu sekali agar mudah terkawal.





6) Kurangkan saiz hidangan kamu
-lebih baik penuhi pinggan kamu dengan karbohidrat sihat dan sayur-sayuran serta buah-buahan.

7) Minum air mineral yang mengandungi oksigen
-seboleh mungkin, minumlah air mineral yang mengandungi oksigen kerana banyak manfaatnya pada tubuh.

8) Manjakan diri kamu sekali sekala
- sekali sekalai tiada masalah manjakan diri kamu dengan sepotong kek keju di kalau hujung minggu. Potongan nanas, strawberi dan kiwi dapat membuatkan pencernaan kamu lebih sihat. Pastikan anda mengurangkan kalori tambahan di hari berikutnya.

9) Bersukan di hujung minggu
-lakukan sukan di hujung minggu sekurang-kurangnya 30 minit joging atau berjalan kaki.

10) Tambah rempah ratus dalam makananmu
- rempah ratus dalam makanan boleh membantu untuk langsing. Ramuan dapur seperti halia, kunyit, lemon dan limau nipis sangat bermanfaat untukproses penurunan berat badan.

11) Sarapan sihat sebelum berolahraga
- untuk sarapan pilihlah karbohidrat bagi membantu memberi tenaga sepanjang hari.



dipetik dari Tips sihat majalah Dara.com