Translate

Thursday, October 22, 2015




Kenapa Kita Ada Dua Telinga ??  Satu Mulut ?




Setiap yang dijadikan Allah ada sebab. Contohnya pancaindera yang ada pada diri kita.
Pernahkah kita terfikir mengapa  kita ada dua telinga, tapi hanya ada satu mulut. Pastinya Allah mahu kita lebihkan mendengar daripada bercakap.

Pesan Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah   
kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa
yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”         
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)    

Selamat Malam Semua..





Monday, October 19, 2015


DON'T FORGET ALLAH...



You down and outYou just can’t copeYou wanna shout
you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way


Hey, you make doa Allah’s there
Whoever you are, because he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands
Alhamdulillah


Let’s flashback, let’s back drive
Towards a time like yours and mine
The story of the three
Who'll long to be
To who be free of their misery
To the one floor he opens the door
Gave him empty of his bounty


Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah 


Can’t you see His promise to you
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good


Then you forget, to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillah 


Get down and out
You just can’t go
you wanna shout
you lost all hope
On your knees
begging please
You turn and pray
to find your way





Tuesday, October 13, 2015



Cinta Selepas Nikah




Mungkin ada yang merasakan bercinta selepas nikah sesuatu yang tidak praktikal pada zaman ini. Malah sesetengahnya beranggapan mustahil pasangan mampu mengecap kebahagiaan selepas berkahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan terlebih dahulu. Namun realitinya, bercinta tidak sesekali akan membuatkan kita mengenal bakal pasangan dalam erti kata yang sebenar. Bagi individu yang memilih yang memilih untuk bercinta selepas nikah, mereka perlu membuat pelbagai persediaan awal merangkumi mental, fizikal, ekonomi serta emosi.
Persediaan Mental
Paling penting ikhlas menerima pasangan sebagai teman hidup. Pasangan tidak perlu bimbang belum mengenali individu yang ingin dikahwini kerana mereka yang ingin bercinta sebelum berkahwin sekalipun tidak berjaya mengenal bakal pasangan sepenuhnya. Malah lebih malang ada pula penipuan yang dilakukan sebelum kahwin terserlah selepas kahwin. Justeru, imbangi kekurangan pasangan dengan kelebihan dimiliki. Pasang niat untuk menerima pasangan sebagai teman hidup dan bersama-sama menikmati pahit manis berumah tangga.
Persediaan Emosi
Bagi calon suami dan isteri, emosi diri perlu mantap iaitu bersedia untuk menerima perkara yang tak dijangka. Apabila memilih untuk menjalani hubungan cinta selepas berkahwin harus diingatkan diri bahawa kita bakal hidup bersama individu yang belum pernah dikenali hati budi dan sikapnya. Sikap seseorang pula berbeza bergantung kepada pendidikan serta persekitaran individu berkenaan dibesarkan. Banyakkan bersabar dalam menghadapi kerenah yang tidak dijangka. Apabila perkahwinan wujud, menjadi kewajipan setiap individu menerima pasangan seadanya. Berusaha menerima dirinya, kerjaya malah keluarganya seperti sedia ada selagi semua itu tidak bercanggah dengan syarak. Jika sikapnya menyalahi syariat, berusaha sedaya-upaya untuk bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik.
Persediaan Kewangan
Khusus untuk calon suami, pastikan diri bersedia untuk memikul beban tanggungjawab sebagai suami iaitu paling utama menyediakan segala keperluan si isteri.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka” Surah An-Nisa ayat 34.
Ayat ini jelas menunjukkan tanggungjawab membiayai keperluan rumahtangga ke bahu suami walaupun wanita yang bakal dikahwini bekerja atau mempunyai pendapatan sendiri.
Jangan sesekali mengharapkan isteri membantu manakala isteri pula mengharapkan seorang suami sejati yang mampu melaksanakan tanggungjawab wajib dalam rumahtangga. Jika gagal melaksanakan tanggungjawab ini, bagaimana kasih sayang yang baru berputik akan mekar bersemarak?


Monday, October 5, 2015



Pakaian,  Hijab & Muslimah....




Wahai muslimah! Sesungguhnya hijab menjagamu dari pandangan yang beracun. Pandangan yang berasal dari penyakit hati dan penyakit kemanusiaan.



Sifat Pakaian yang Disyariatkan bagi Wanita Muslimah 


1. Diwajibkan pakaian wanita muslimah itu menutupi seluruh badannya dari (pandangan) laki-laki yang bukan mahramnya. Dan janganlah terbuka untuk mahram-mahramnya kecuali wajah, kedua telapak tangan dan kedua kakinya. 

2. Agar pakaian itu menutupi apa yang ada di sebaliknya (yakni tubuhnya), janganlah terlalu tipis (transparent), sehingga dapat terlihat bentuk tubuhnya.  



3. Tidaklah pakaian itu sempit yang mempertontonkan bentuk anggota badannya, sebagaimana disebutkan dalam kitab Shahih Muslim dari Nabi Shalallahu’alaihi Wassallam bahwasanya beliau bersabda: “Dua kelompok dari penduduk neraka yang aku belum melihatnya, ( kelompok pertama ) iaitu wanita yang berpakaian ( pada hakikatnya ) ia telanjang, merayu-rayu dan menggoda, mereka tidak masuk surga dan tidak mendapatkan baunya. Dan ( kelompok kedua ) iaitu laki-laki yang bersamanya cemeti seperti ekor sapi yang dengannya manusia saling rnemukul-mukul sesama hamba Allah. “(HR. Muslim) 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah berkata di dalam Majmu’ Al-Fatawa dalam menafsirkan sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Bahwa perempuan itu memakai pakaian yang tidak menutupinya. Dia berpakaian tapi sebenarnya telanjang. Seperti wanita yang memakai pakaian yang tipis sehingga menggambarkan postur tubuh (kewanitaan)-nya atau pakaian yang sempit yang memperlihatkan lekuk tubuhnya, seperti pinggul, lengan dan yang sejenisnya. Akan tetapi, pakaian wanita ialah apa yang menutupi tubuhnya, tidak memperlihatkan bentuk tubuh, serta kerangka anggota badannya karena bentuknya yang tebal dan lebar.” 

4. Pakaian wanita itu tidak menyerupai pakaian laki-laki.Rasulullah Shalallahu’alaihi Wassallam telah melaknat wanita-wanita yang menyerupai laki-laki dan laki-laki yang menyerupai wanita.  

Selanjutnya Syaikhul Islam mengatakan:

Yakni untuk membezakan laki-laki dari wanita. Pakaian wanita itu haruslah istitar (menutupi auratnya) dan istijab (menghalangi dari pandangan yang bukan mahramnya.)

5.Pakaian wanita tidaklah terhiasi oleh perhiasan yang menarik perhatian ketika keluar rumah, agar tidak termasuk golongan wanita-wanita yang bertabaruj (mempertontonkan) pada perhiasan. 


Hijab

Bahwa seorang wanita yang menutupi badannya dari (pandangan) laki-laki yang bukan mahramnya disebut berhijab.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala: “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka '' (An-Nur: 31) 

Ketahuilah wahai muslimah! Bahwa pendapat ulama-ulama yang membolehkan kamu membuka wajahmu dengan kata-kata yang menggiurkan sepertinya dapat menghindarkanmu dari fitnah. Padahal fitnah tidaklah dapat dihindari, khususnya pada zaman sekarang ini. Kemudian sangatlah hina wanita yang menjadikan macam-macam perhiasan yang mengundang fitnah berada di wajahnya. Berhati-hatilah dari hal itu. 

Wahai muslimah! Pakailah dan biasakanlah berhijab. Karana hijab dapat menjagamu dari fitnah dengan seizin Allah. Tidak ada seorang ulama -baik dahulu maupun sekarang- yang menyetujui (pendapat) para pengumbar fitnah. Dimana mereka (para wanita) terlibat di dalamnya. 

Sebagian wanita muslimah ada yang berpura-pura dalam berhijab. Apabila berada dalam masyarakat yang menmakai hijab, merekapun memakainya. Dan ketika berada dalam masyarakat yang tidak memakai hijab, merekapun melepaskan hijabnya.Sementara ada sebahagian lainnya yang memakai hijab hanya ketika berada di tempat-tempat umum dan ketika memasuki tempat pemiagaan, ataupun salah satu dari penjahit pakaian wanita, maka ia pun membuka wajah dan kedua lengannya, seakan-akan ia berada di samping suaminya atau salah satu mahramnya! Maka takutlah kamu kepada Allah, hai orang-orang yang melakukan hal tersebut!

Wahai muslimah!Sesungguhnya hijab menjagamu dari pandangan yang beracun. Pandangan yang berasal dari penyakit hati dan penyakit kemanusiaan. Hijab memutuskan darimu ketamakan yang berapi-api. Maka pakailah hijab. Berpeganglah pada hijab. Dan janganlah kamu tergoda oleh pengumbar fitnah yang bertujuan memerangi hijab atau mengecilkan dari bentuknya.Sebab ia ingin menjadikanmu jahat. Sebagaimana firman Allah:”Sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh jauhnya (dari kebenaran). “ (An-Nisaa’: 27) 




Dikutip dari Tanbihat ’ala Ahkam Takhtashshu bil Mu’minat, Edisi Indonesia ”Panduan Fiqih Praktis Bagi Wanita” Penerbit Pustaka Sumayyah,