Trend Caftan ~
Dunia fesyen terus bergerak maju dan berkembang seiring dengan kemodenan arus fesyen dan trend, ramai kaum muslimah berani berfesyen kini. Mereka mendapat inspirasi serta mengikut style Timur Tengah atau Middle East. Malah trend baju kaftan sering dilihat digayakan oleh kaum muslimah kini. Nampak begitu selesa, elegan, sopan & Simple
Kaftan sangat sesuai menjadi pilihan dan dipakai oleh wanita berhijab. Kenapa? kerana reka bentuknya yang simple, lebar dan tidak mengikut bentuk badan ( loose ) sesuai sekali dipakai oleh wanita muslimah yang ingin tampil elegan. Biarpun sederhana , namun dengan penambahan details seperti sulam atau manik, kaftan tetap menarik dan tidak terlalu sarat . Contohnya dengan penggunaan motif yang bervariasi seperti polkadot, vintage, floral , stripe dan renda yang membuatkan kaftan tetap menjadi busana feveret para wanita muslimah.
Kaftan dan jubah tidak banyak beza. kedua duanya sama labuh dan longgar ( tapi apa yang dilihat kini, banyak jubah dah mengikut bentuk badan ). Lengan kaftan sangat lebar dan longgar ( lengan bersambung dengan badan ). Kaftan seeloknya dipakai dengan inner panjang. Secara tak langsung kita boleh mendidik wanita agar selalu memakai pakaian dalaman ( inner ) dan berwaspada dalam pemilihan gaya supaya pakaian yang dipakai tak jarang.
Kaftan amat terkenal dari negara-negara luar seperti Kaftan Morocco, Kaftan Turki, Afrika Barat dan Kaftan Rusia. Masing-masing ada keunikan tersendiri dan sangat tradisional. Di Indonesia juga, kaftan direka menggunakan material batik dan sulaman. Sementara, di Malaysia Kaftan sering dipakai untuk ke majlis tertentu seperti kenduri kahwin dan juga pada Hari Raya Aidilfitri.
Follow Instagram & Facebook @motsboutique ya~
untuk koleksi kaftan terbaru 2016 serta tips2 kecantikan dan khidmat suai padan pakaian boleh Whatsapp +60133375903- :)
Waktu² PKP 2020 Artie lihat baju kaftan sales naik gila². Dari design printed mahupun plain, letak manik² pun sudah jadi trend sebagai hiasan pula.. thanks share yea..
ReplyDeleteGaleri Artie
^^^^^^^^^^^