Translate

Tuesday, December 8, 2015

TIPS MENARIK AURA POSITIF


Aura? apa tu aura? aura adalah daya tarik yang ada dalam diri setiap manusia samada ianya aura positif mahupun negatif. kedua-duanya saling berkait. Ia berubah mengikut masa dan keadaan kerana aura ialah medan elektromagnetik yng dipengaruhi oleh faktor luaran sekitar anda. Pernah dengar orang mengatakan 'berkawanlah dengan sahabat yang memiliki minda positif' pasti anda akan menjadi sepertinya'. Apabila aura positif memancar pada tubuh badan anda, maka anda perlu usaha mengawalnya. Bagaimana caranya?

1. Hidup Sihat

Faktor paling utama kerana tubuh badan yang sihat mempengaruhi sikap utama anda.  Jika badan tidak sihat, maka kita akan mudah menjadi lemah dan cepat putus asa. Jadi, amalkan gaya hidup sihat setiap masa. Jaga corak pemakanan dan pastikan ianya dari sumber yang halal. Bersenam juga mampu memberikan tubuh badan lebih segar dan cergas.

2. Beri Senyuman

kenapa terlalu sukar mengukir senyuman kepada orang lain? SENYUM ITU SEDEKAH.  Tahukah anda, senyuman yg ikhlas dapat merawat hati manusia yang sedang berduka. Tak percaya??? cuba buat sekarang.

Senyuman membawa berjuta manfaat terutamanya mempengaruhi  aura positif dalam diri dan juga insan sekeliling. Apabila anda senyum, secara automatik rakan turut meniru perbuatan anda.



3. Bersangka Baik

Islam menyarankan umatnya bersangka baik dalam apa jua keadaan. Buang sikap bersangka buruk pada insan sekeliling. Pasti selepas ini anda akan sentiasa tersenyum dan hati bersih dari segala noda. Kesannya, anda akan jadi insan yang berjaya dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.  Abaikan mereka yang Negatif kerana masih ada manusia bertuah yang memiliki minda positif di sebelah anda.

4. Penampilan Menarik

Tips terbaik agar tidak kelam kabut untuk bersiap ke tempat kerja ialah dengan menyediakan pakaian dan kelengkapan kerja di malam hari. Bangun pagi tunaikan solat subuh terlebih dahulu kemudian mandi dan disusuli berpakaian kemas. Pandang wajah anda di cermin dan baca doa penyeri...

Pakaian yang bersih dan memakai sedikit haruman mampu menimbulkan energi positif yang bermanfaat untuk menjadikan anda sebagai hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. 



5. Hindari Tekanan

Apabila tertekan pastinya wajah automatik masam, berdendam berprasangka buruk kepada rakan-rakan sendiri serta tidak mengukir senyuman. Semua energi negatif ini sudah melekat pada diri anda sehingga insan lain tidak nampak keceriaan pada wajah anda.

Berubahlah jika mahu berjaya seperti insan lain. Insan positif tidak sesekali menyesal dengan ujian yang menimpa dirinya.ingat, UJIAN TANDA ALLAH SAYANG..

6. Menjadi Diri Sendiri

Terapkan sikap menjadi diri sendiri dalam hati, kerana orang lain tidak akan menyukai sekiranya anda meniru personaliti orang lain. Tidak kisah apa jual kelebihan dan kekurangan anda, semua itu menjadikan anda insan yang lebih dipercayai. Jika benar rakan mahu berkawan, maka dia akan menerima anda seadanya. Ingat carilah sahabat yang baik kerana dia akan mempengaruhi perjalanan hidup anda. 

sumber : Majalah Nur



 Follow Instagram & Facebook @motsboutique ya~
 untuk koleksi kaftan terbaru 2016 serta tips2 kecantikan dan khidmat suai padan pakaian boleh wassep saja


More update boleh follow :-  #caftanspecialist

Instagram @motsboutique.
FB : MOT's BOUTIQUE
 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya











No comments:

Post a Comment