Translate

Wednesday, June 15, 2016


Dengan Modal Rendah, pelajar dah boleh mulakan perniagaan di kampus pengajian....

Assalamualaikum...lama tak berkongsi tips Ringkas disini....ermmm maafkan sy kerna terlalu busy...ok kali ni saya nak share tentang mulakan perniagaan kecil-kecilan di kampus semasa masih bergelar mahasiswa & mahasiswi... mereka yang bijak adalah mereka yang bijak mengambil peluang...kat kampus kita ada macam2 pilihan dan peluang yang baik2..tinggal nak grab yang mana satu saje kan??...sekarang pun dengar cerita student2 kolej dan universiti pun xcukup belanja disebabkan kos sara hidup dah meningkat..Tambahan pula jika anda menuntut ilmu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Selangor

...okay ni peluang baik untuk anda menambah pendapatan disamping boleh menghilangkan stress belajar ..ye dak?

Buat mahasiswa dan mahasiswi yang ini memulakan perniagaan dengan modal rendah inilah masa nya. Check it out~

1) Kalau korang ni meminjam PTPTN, setel dulu bayar yuran pengajian. Asingkan siap-siap modal dalam RM 300-RM 400 (paling Maksimum) daripada baki PTPTN tadi untuk persediaan korang membuka bisnes apa korang nak nanti.

2) Daftar SSM perniagaan korang. Wajib okey...jangan ngelat2..hehe

3) Uruskan semua prosedur untuk membuka bisnes di kampus. Dapatkan kebenaran untuk bisnes di kampus. Seeloknya setelkan satu sem awal . So, sem baru dah buka, boleh terus buat bisnes. Jimat masa #gittew

4) Cari member yang ada passion pasal bisnes. Supaya boleh sama-sama memotivasikan diri masing-masing. ingat! bukan senang nak senang.... ajak mereka jadi bisnes partner. sekurang2 nya 2 orang. maksimum 3 orang okay la... jangan ramai-ramai sangat ye...nanti tak sehaluan....hahaha. sama-sama sumbang idea, tenaga, modal & untung rugi. Brainstorm orang kata...



5) kalau seorang sumbang modal RM 400 , 3 orang dah ada modal RM 1200.Jadi, buat perjanjian antara rakan-rakan perniagaan.

6)Kemudian boleh start berniaga.... samada perniagaan dalam talian atau secara offline tidak menjadi masalah..Asalkan ada sikap RAJIN & BERSABAR...tak semestinya pelajar perempuan saja boleh jual shawl..Pelajar lelaki juga boleh menjual tudung. Kikis perasaan malu ya..

Berniaga ni seronok , kita akan ketagih bila start orang mencari barangan jualan kita, Tapi kalau tak ada sales, jangan pula putus asa. Mungkin usaha anda belum habis lagi. :) 

So Keep it up gaisss~




ini antara gambar pengalaman saya berniaga di kampus untuk cari duit poket orang kata. Saya menjual baju wanita & tudung kepada student dan pensyarah. Saya selalu join Booth sebab kebiasaanya sewa tapak untuk student sangat-sangat berpatutan.

Pengalaman pertama buka booth pada pesta konvo UKM Bangi. sewaktu saya di tahun pertama pengajian. :) banyak lagi gambar sebenarnya...tak pasni simpan di mana. hehehe... walaupun ianya tinggal kenangan tapi bila habis pengajian saya teruskan perniagaan ini. Rasa sayang nak STOP . Nak habiskan apa yang kita dah mulakan ~ :)







Ini adalah permulaan, bila dah lama2 jadi seronok bila barang jualan kita mula mendapat permintaan ramai. Berniaga ni harus ada niat yang betul.. bahawa barangan yang kita tawarkan boleh membantu orang bukan hanya fikir keuntungan semata-mata :)


More update boleh follow :-  #caftanspecialist


 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya



sumber : http://www.thevocket.com/tip-memulakan-perniagaan-di-kampus-masa-belajar-dengan-modal-rendah/



No comments:

Post a Comment