Translate

Saturday, November 12, 2016

TIPS MEMBELI BARANGAN KOSMETIK



1. Produk Pelbagai Guna
Agar lebih jimat, anda boleh membeli produk kecantikan yang mempunyai pelbagai jenis fungsi, contahnya satu kotak kosmetik sudah penuh dengan bedak, gincu, serta pembayang mata. Atau lipstik yang juga boleh berfungsi sebagai blusher. Kosmetik serbaguna juga tak akan menyusahkan anda bila dibawa travel. Produk seperti ini juga tahan lama.

2. Sampel/Trial Set
Banyak brand kosmetik berkualiti, namun harganya mahal. Untuk minimumkan belanja, anda boleh mencari sampel or Trial set dari kosmetik tersebut.

3. Produk semulajadi
Produk kecantikan yang semulajadi dengan buatan sendiri, boleh menggunakan sebagai bahan semulajadi untuk topeng/masker muka anda.

4. Jangan Tertipu dengan Iklan
Banyak orang yang tertipu dengan iklan, akhirnya kerugianl dalam membeli make up. Jika memang anda sudah menggunakan produk kosmetik biasa dan merasa sesuai untuk memakainya, anda tak perlu lagi cuba produk baru yang lain. ini membuatkan anda menjadi boros.

5. Jenama yang Berpatutan dan Berkualiti
Banyak produk yang berkualiti dijual dengan harga yang berpatutan. Jadi jangan terlalu terpaku dengan produk kosmetik yang harganya terlalu tinggi.

6. Membeli-belah atas talian.
Membeli-belah dalam talian, kadang-kadang lebih murah berbanding di kedai. Jadi tak ada salahnya anda cuba untuk membandingkan harga terlebih dahulu antara produk kosmetik yang dijual atas talian mahupun di pasaraya besar.

7. Kira Perbelanjaan Setiap Bulan
Sebaiknya kawal perbelanjaan anda untuk membeli-belah kosmetik setiap bulan. Jika jumlahnya sudah terlalu banyak, anda haruslah berjimat. Beli setelah betul2 habis digunakan.

SUMBER: Lifestyle Wolipop 


More update boleh follow :-  #caftanspecialist


 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 

No comments:

Post a Comment